Text Box: ADAB DENGAN RAKAN
Text Box: Di Bawah Naungan Allah
Adalah suatu yang amat bernilai bahkan barangan yang jarang ditemui jika anda menjadi seorang sahabat kepada seseorang yang hanya diikat dengan ikatan akhirat, bukan ikatan dunia, ikatan syurga bukan manfaat. Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw melalui sabda baginda:
رجلان تحابا في الله اجتمعا عليه وتفرقا عليه.
Maksudnya: “Dua orang lelaki yang saling berkasih sayang antara satu sama lain kerana Allah. Mereka bertemu dan berpisah hanya kerana Allah.”
Bahkan Rasulullah saw menjadikan sahabat yang salih sebagai hadiah pemberian dan tanda yang menunjukkan Allah kasih kepada seseorang hamba. Sabda Rasulullah saw:
إذا أحب الله عبدا رزقه الله أخا صالحا. إن ذكر الله أعانه، وإن نسي ذكره.
Maksudnya: “Jika Allah mengasihi seseorang hamba, maka Dia akan berikan kepadanya seorang saudara atau sahabat yang salih. Jika dia sudah mengingati Allah (tidak lalai), sahabatnya akan membantunya (dalam ketaatan kepada Allah) dan jika dia terlalai, sahabatnya itu akan mengingatkannya.”
Pengertian sahabat ialah orang yang berdamping rapat dengan kita dan sanggup menghadapi kesusahan dan kesenangan bersama. Bukan senang juga hendak menjadi rakan yang baik.

Sumber : Buku teks Pendidikan Islam Tahun 3

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3