Antara pergerakan asas termasuk pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan manipulasi alatan.

          

           Pergerakan merujuk kepada sebarang bentuk gerak yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan perubahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain iaitu pergerakan lokomotor, atau kekal di tempat tersebut yang dikenali sebgai pergerakan bukan lokomotor. Variasi dalam kemahiran ini boleh dilihat melalui aplikasi manipulasi alatan. Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang dapat menyediakan diri pelajar untuk mempelajari asas sukan yang seterusnya menguasai kemahiran sukan yang pelbagai. Pembelajaran manipulasi alatan mesti melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar, riben, tali dan gelung. Setiap pergerakan di setiap stesen mewakili beberapa komponen pergerakan asas, sama ada pergerakan lokomotor seperti berjalan, berlari, bergallop, berskipping serta berguling atau pergerakan bukan lokomotor seperti mengimbang, bangun duduk, menarik nafas serta mengilas badan. Penggunaan alatan tidak terhad pada peralatan ringan seperti gelung yang menjadi peralatan utama untuk sesi amali malah turut melibatkan peralatan berat seperti peti lombol, bangku panjang, dan platform lompatan. Kesemua aktiviti ini merangkumi pergerakan asas yang dilakukan dalam kehidupan seharian.

 

           Dalam laman web ini, akan berfokus kepada pergerakan lokomotor dan pergerakan bukan lokomotor sahaja.