Apa itu Ping Pong?

Tahukah anda semua bahawa permainan ping pong yang agak terkenal ini adalah berasal dari England pada tahun 1800-an apabila masyarakat kelas atasan Viktoria bermain dengan permainan ping pong sebagai hiburan selepas jamuan makan malam. Permainan yang hampir menyerupai tenis ini dimainkan sebagai sukan indoor pada zaman itu. Setiap hari, objek-objek akan disenaraikan oleh tuan rumah untuk dijadikan sebagai peralatan permainan. Antara cara dan kaedah untuk membina permainan ini adalah buku-buku bacaan kepunyaan tuan rumah itu akan disusun dalam satu barisan untuk dijadikan sebagai jaring, dengan penyumbat botol minuman keras Champagne bertindak sebagai bola dan penutup kotak rokok sebagai raket.

IPG Kampus Tun Hussein Onn

Ping Pong 1.gif photo PingPongMoveLayerAnimation1.gif