CSS Menu Buttons Css3Menu.com

Soalan Tugasan

http://ts4.mm.bing.net/th?id=H.5052720627450807&pid=15.1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

TUGASAN PROJEK

 

PROGRAM:  PISMP

NAMA PELAJAR:

 

 

 

TAJUK KURSUS: TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

 

KOD KURSUS : EDU3105

 

PISMP AMBILAN JAN 2012

 

TARIKH MULA:

 

01.08.2013

 

TARIKH HANTAR:

30.08.2013

 

 

 

HASIL PEMBELAJARAN

Menjelaskan konsep, teori, amalan dan perkembangan teknologi pendidikan.

Memilih dan menggunakan media pengajaran secara berkesan.

Menghasilkan pelbagai media pengajaran yang sesuai dengan isi pelajaran.

Mengaplikasikan kemahiran  teknikal dengan menggunakan  pelbagai media dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Mengintegrasikan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Menilai keberkesanan penggunaan media pengajaran.

Mengurus media dan sumber pendidikan dengan cekap dan bertanggungjawab.

.

 

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2,3,4 dan 5 sahaja.

 

 

 

OBJEKTIF TUGASAN

 

Pelajar dapat melaksanakan tugasan berikut:

Menghasilkan satu bahan pembelajaran berasaskan web

 

Menghasilkan satu klip video

 

Membuat satu catatan refleksi

 

 

PENGHASILAN PRODUK

 

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

 

1.           Menghasilkan satu bahan pembelajaran berasaskan web (60%)

Menghasilkan satu bahan pembelajaran berasaskan web untuk satu topik matapelajaran yang diajar. Bahan pembelajaran yang dIhasilkan hendaklah mengandungi elemen-elemen teks, grafik, audio, video dan interaktiviti.  Bahan yang dihasilkan hendaklah dipakejkan dalam  CD/DVD.

 

 

2.           Menghasilkan satu klip video (30%)

Menghasilkan  satu klip video untuk tempoh 3-4 minit. Klip video yang dihasilkan hendaklah bertemakan “INTEGRITI”. Klip video tersebut hendaklah dijadikan sebagai satu komponen multimedia yang mesti diselitkan ke dalam bahan pembelajaran berasaskan web yang dihasilkan.

 

3.           Membuat satu catatan refleksi (10%)

Membuat  catatan  refleksi berkaitan penghasilan produk.

 

 

Panduan Pelaksanaan Projek

Tugasan ini dilaksanakan secara individu.

Klip video  yang dihasilkan mestilah asli.

Bahan pembelajaran yang dihasilkan perlu dihantar dalam bentuk CD/DVD.

Catatan refleksi hendaklah ditaip menggunakan font arial – saiz huruf 11 dan dihantar dalam bentuk bercetak.

Amalan plagiat adalah TIDAK dibenarkan sama sekali.

Tugasan ini membawa markah 100% dengan wajaran 60% markah kursus.

 

Tugasan yang baik seharusnya menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

Keseluruhan pengolahan menunjukkan keaslian produk yang dihasilkan.

Bahan pembelajaran yang dihasilkan hendaklah menunjukkan konsep multimedia interaktif berasaskan web.

Catatan refleksi hendaklah mengandungi kekuatan, kelemahan dan cadangan penambahbaikan terhadap proses penghasilan produk.

 

 

Kriteria Pentaksiran

Penilaian tugasan akan disemak berdasarkan rubrik pentaksiran yang disediakan.

 

 


Tugasan disediakan  oleh

 

 

 

( ZELKEPLI BIN SHAHROM )

Penyelaras Kursus EDU3105 (PISMP)

IPG Kampus Tun Hussein Onn

PISMP Ambilan Jan 2013


hit counter

.