CSS3 Rollover Buttons Css3Menu.com

Text Box: 	Kurikulum Pendidikan Jasmani Tahun 6 adalah digubal mengikut Huraian Sukatan Pelajaran yang dibekalkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Pendidikan Jasmani bertujuan untuk membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.

	Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 6 disusun mengikut 3 tunjang yang utama iaitu:
Kecergasan
Menitikberatkan keupayaan murid melakukan aktiviti fizikal secara berterusan tanpa berasa lesu.
Tumpuan diberi kepada komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan dan perlakuan motor.
2. Kemahiran
Menitikberatkan keupayaan murid melakukan kemahiran daripada aspek pergerakan otot besar dan otot halus. 
Tumpuan diberi kepada kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik, pergerakan kreatif dan rekreasi.
 Kesukanan
Menitikberatkan kefahaman dan pengetahuan bagi mengukuhkan amalan pendidikan jasmani dan sukan.
Tumpuan diberi kepada aspek keselamatan, pengurusan, kerjaya, etika dan isu-isu dalam pendidikan jasmani dan sukan.


Sumber: Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 6


Dalam laman web tersebut, saya hanya akan memberikan tumpuan kepada kemahiran ASAS permainan bola tampar sahaja. Harap maklum.
Powered by Cincopa
Rounded Rectangular Callout: Klick butang ?ˇăplay?ˇŔpada music player untuk mainkan lagu...
HTML Comment Box is loading comments...
Text Box: 6883bc2 @ 2013

Paparan Terbaik: Laman web ini sesuai dipapar menggunakan Mozilla Firefox 22.0 dan Google Chrome 28.0 dengan resolusi 1366 x 768.
Create QR Code